http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1201/1201566f58nntlu0y.gif' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Thursday, October 20, 2011

sayang woo .

Tadi dah start exam last for this year . Tadi bahasa melayu kertas 1and 2 . Alhamdulillah aku dapat jawab semue even banyak karangan tu aku merapu . Ade masukkan peribahasa and bahasa gramatis sikit-2 . Insyaallah aku boleh . Aku taktahu kenape hati aku lapang je jawab exam tadi . Rase macam takde msalah satu pon . Alhamdulillah kan ? Allah terangkan hati aku untuk jawab exam . Thanked God . Esok exam agame dan aku memang terase macam malaz nak bace . But , ntuk dapat kan result excellent kene jugak bukak . Satu tips aku , nak hafal fakta . Bukak microsoftword , bace buku . then taip yang korang nak hafal tu banyak kali . Taip samapi korang rase korang akan ingat . Hee . Pandai tak aku ? Tu je boleh buat aku ingat . Alhamdulillah aku berjaye ingat . Hee . Thanked God again . :) .

Doa sebelum ulang kaji :
"Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki."

Doa selepas ulang kaji :
"Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu."

Doa semase mendapat kertas peperiksaan :
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar untuk menjawab :
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
ATAU :
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa jika terlupa jawapan :
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Selamat menduduki peperiksaan kawan - kawan ! :)

No comments:

Post a Comment